Total Pageviews

SELAMAT DATANG!

Posted by Encik OZON

Blog ini dibangunkan untuk membantu pelajar-pelajar untuk menjalani proses pembelajaran secara lebih menarik dan berkesan terutama sekali dalam pembelajaran matapelajaran Geografi. Laman ini boleh dijadikan sama ada bahan rujukan melalui ,mengetahui isu-isu berkaitan matapelajaran Geografi malah pelajar boleh menguji minda dengan menjawab soalan-soalan yang tersedia. Terdapat beberapa topik/isu yang boleh didapati dalam laman ini dan ianya sangat mudah diakses. Diharapkan dengan adanya blog ini, pelajar akan lebih seronok dan menghayati pembelajaran Geografi sekali gus membantu mereka dalam meningkatkan prestasi bagi matapelajaran ini.
 -ADMIN

8 comments:

  1. iziau said...

    sememangnya isu pemanasan global ini merupakan isu alam sekitar yang sejagat. oleh yang demikian sebagai seorang pelajar seharusnya mempunyai kesedaran tentang penggunaan bahan-bahan yang mengandungi bahan klorofluorokarbon (CFC)sebagai satu langkah yang yang bersifat mikro untuk perubahan yang besar pada masa hadapan. "Save our Earth"

  2. Unknown said...

    Pada pendapat saya, kempen-kempen seperti Earth Hour perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

  3. Stearly Das said...

    Betul tu saudara fidelis...dalam agenda alam sekitar kebelakangan ini negara membangun ataupun negara dunia ketiga banyak dipersalahkan tentang isu-isu alam sekitar terutamanya dari segi pencemaran alam sekitar, pemanasan global dan juga perubahan cuaca yang mendadak. Memang ada kebenarannya di sini yang mana negara membangun masih lagi menggunakan teknologi yang masih belum canggih terutamanya dari segi teknologi pertanian. Pertanian yang dijalankan masih lagi bercorak "bakar-membakar" yang mana masih melibatkan pemusnahan hutan dalam penerokaan sumber.Namun, ada sesetengah pihak yang amat ego dalam isu-isu alam sekitar negara ketiga dengan terus menyalahkan pihak-pihak yang sudah berpengalaman dalam bidang alam sekitar. Mereka tidak menyahut cabaran untuk terus menjaga alam sekitar namun terus-menerus sahaja ego dalam meneroka alam sekitar tanpa mempedulikan kepentingan alam sekitar. kerajaan-kerajaan negara membangun hanya bergantung harap kepada badan-badan bukan kerajaan dalam menjaga alam sekitar seperti NGO, WWF dan sebagainya. Usaha bergantung harap ini nampaknya sia-sia sahaja tanpa kerajasama erat kerajaan. Kerajaan hanya mampu mengganguk kepala sahaja apabila isu-isu alam sekitar diketengahkan dan terus-terusan sahaja mementingkan diri dan tuding-menuding diantara satu sama lain apabila sesuatu masalah alam sekitar terjadi tanpa mencari jalan penyelesaian yang efektif. Jadi sebagai seorang guru Geografi, pemupukan untuk menjaga alam sekitar harus dilakukan dari peringkat kecil lagi supaya " alah bisa tegal biasa"...

  4. Encik OZON said...

    Fidelis: Terima kasih kerana memberi komen anda.CFC berada dalam bahan yang sering kita guna dalam kehidupan seharian . Cth: penghawa dingin, penyembur rambut, areosol, dan lingkaran nyamuk. walapun benda2 ni kita nampak mcm biasa sahaja, ianya mampu menipiskan lapisan ozon.

    Rundim: benar..kita perlu menyokong apa saja kempen yang di lakukan oleh masyarakat Global mahupun kerajaan negara kita. kempen-kempen ini tidak seharusnya di pandang ringan. spt Earth hour, walaupun hanya 1 jam bergelap, perubahan itu amat besar kepada bumi kita.. hehe

    Stearly; waa...macam esei panjang dah pulak..haha tq..benar apa yang anda cakap tu..

  5. yunus87 said...
    This comment has been removed by the author.
  6. wearefive said...

    thanx for the information yaa guys. saya paling suka ni tajuk.banyak benda saya belajar when follow this blog.Kadang2 kita tak perasan kita Terbunag sampah secara x sengaja kan..kan..hihihi :)

  7. Encik OZON said...

    Wearefive: thanks 4 da comment ya..iya mmg kita dlm tak sedar melakukan pkara yang boleh menipiskan lapisan ozon..tapi dgn harapan blog ini dibuat, kesedaran kita semakin tinggi untuk menjaga ozon kita..

  8. wearefive said...

    than encikozon yer...ada keseran sivik kenen pas baca blog ney..hihih, slalu main selit2 jak sampah even dalam bus..hahhaha :)

Post a Comment