Total Pageviews

PERBINCANGAN 1

Posted by Encik OZON


SOALAN PERBINCANGAN:
Bagaimana anda sebagai pelajar memainkan peranan anda mengenai isu PENIPISAN LAPISAN OZON ini?




5 comments:

  1. Mr. Rocco said...

    Sebenarnya pelajar juga memainkan peranan dalam menangani isu ini. Kata org , "meluntur buluh biarlah dari rebungnya"..pelajar sekolah perlu dididik dari awal mengenai pentingnya lapisan ozon. Mereka perlu diberi pendedahan mengenai aktiviti yang dilakukan oleh mereka seharian yang mampu menganggu gugat lapisan ozon kita.

    Saya sebagai pelajar, perlu mengetahui apakah punca2 yang boleh menipiskan lapisan ozon. Apabila mengetahui punca2 tersebut, saya boleh berkongsi dgn kawan mengenai maklumat dan menyebarkannya. Di samping itu juga, saya boleh menganjur kempen2 yang berkaitan. dengan itu penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan luas.
    tq..

  2. Encik OZON said...
    This comment has been removed by the author.
  3. Encik OZON said...

    Roughneck: waaa...bagus, saya suka peribahasa itu, pelajar skolah rendah juga harus ditanam mengenai kesedaran pentingnya lapisan ozon ini.. dari sana, sikap mereka akan dipupuk dari awal...terima kasih diatas komen anda yaa...

    yang lain2 macam mana? apa pendapat anda??

  4. yunus87 said...

    Assalammualaikum....
    lpisan ozon sangat penting kepada umat manusia.
    oleh itu manusia merupakan elemen yang bertanggungjawab untuk menjaga llapisan ozon. pelajar merupakan komponen kecil dalam umat manusia namun mereka ini mampu menyumbang untuk menjaga lapisan ozon ini daripada terus diancam kemusnahan. sebagai golongan pelajar, mereka perlu aktif untuk menyertai kempen-kempen yang berobjektif untuk melindungi alam ini daripada terus diancam kepupusan khasnya lapisan ozon kita. dengan menyertai kempen seperti Earth our, mereka akan sedar sokongan mereka ini dapat dapat membantu menyedarkan golongan yang berkepentingan dalam mencemarkan ozon bahawa merake tiadak lagi bebas untuk terus mengotorkan alam ini. melalui kempen seperti ini, secara tidak langsung generasi pelajar ini akan terus membesar dalam suasana yang mementingkan keselamatan alam sekitar. Setrusnya pada masa akan datang mereka akan jika mereka menduduki posisi yang penting dalam mana-mana organisasi dunia. pada masa itu mereka akan mengutamakan langkah-langkah menjaga alam sekitar sebleum menjalankan sesuatu projek. pengurusan secara lestari dapat dijalankan dengan jayanya... sekian... harap jawapan ini membantu anda....

  5. Stearly Das said...

    Saya sebagai pelajar Universiti dan bakal menjadi guru Geografi banyak memikirkan tentang maslah-masalah alam sekitar kebelakangan ini. kita tengok sahaja bencana-bencana alam yang berlaku di dunia kita sekarang dan yang terbaru ini adalah tragedi Tsunami Jepun hampir menenggelami separuh daripada negara jepun. Bagi saya, ini adalah umpama Hukum Karam yang mana "kalau kita bersalah kepada alam, maka kita akan turut menerima pembalasannya". Namun saya sebagai guru geografi merasakan bahawa beberapa langkah harus diambil untuk mengembalikan semula "kedaraan" alam sekitar kita.

    Antara langkah yang boleh diambil adalah:
    1. Memberi pendidikan yang secukupnya kepada pelajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Pemupukan awal amat perlu supaya pelajar dapat menyedari bahawa mereka tidak menganiayai alam sekitar.

    2.Mengadakan Subjek Pendidikan Alam Sekitar yang mana pelajar perlu tahu apa yang perlu dibuat dan tidak perlu dibuat apabila mula berhadapan dengan situasi alam sekitar.

    itu sahaja daripada sya. sekian.

Post a Comment